Thursday, 13 May 2010

AKTIVITI PERNIAGAAN

MSE memfokus kepada penjualan dan perkhidmatan sebagai penyumbang utama produktiviti syarikat. Produk yang bermutu akan menyerlahkan kualiti di samping tidak melupakan originaliti adalah asas pengeluaran MSE dan telah terbukti melalui permintaan pelanggan yang amat tinggi dan melampaui batas geografi. Buat masa ini permintaan bukan sahaja datang dari kawasan utara Semenanjung Malaysia malah boleh dikatakan datang dari seluruh Semenanjung Malaysia. Keadaan ini amat bertepatan dengan visi syarikat untuk pemasaran melampaui batas sempadan.



Dari aspek penjualan adalah seperti disenaraikan dibawah;


a) Pembekalan

MSE telah, sedang dan akan meningkatkan lagi pembekalan pakaian (seperti t-shirt, kameja F1, jaket korporat, jaket bengkel, vest, blazer, baju batik dan lain-lain) dan cenderamata (seperti beg, tuala, topi, tali leher, lanyard, pen, key chain, tie clip, tie pin, tanda nama, pelekat kenderaan, jam, mug, payung, pendant, piala, medal dan lain-lain) kepada sekolah, kolej, universiti awam dan swasta, jabatan kerajaan dan badan-badan korporat. Pembekalan adalah dalam bentuk bercetak atau sulaman.


b) Penerimaan Tempahan

MSE juga menerima tempahan untuk membuat produk mengikut kehendak pelanggan dari segi rekaan “design” yang disediakan pada produk pakaian dan cenderamata. Tempahan akan disiapkan dalam masa dua minggu hingga 30 hari selepas pengesahan tempahan. Perkhidmatan penghantaran juga disediakan. Kelebihan produk MSE adalah kualiti material yang bermutu tinggi dan originaliti rekaan yang “trendy”. Pengagihan tempahan adalan secara terus kepada pelanggan, melalui cara ini MSE dapat mengawal harga dan secara lansung memberi kelebihan kepada pelanggan.


c) Jualan Runcit

MSE juga menjual terus secara runcit produk pakaian dan cenderamata terus kepada pelanggan melalui premis perniagaan kami di A-12 Bangunan MARA, Kompleks Lebuh Buckingham, Pulau Pinang dan juga gerai-gerai jualan kami di IPTA dan IPTS contohnya di pesta-pesta konvo yang telah menjadi tumpuan kami sejak awal penubuhan syarikat. Produk yang menarik di samping rekaan yang mengikut peredaran zaman telah terbukti mendapat sambutan hangat di kalangan penuntut-penuntut dan kakitangan universiti.



Dari aspek perkhidmatan adalah seperti disenaraikan di bawah;



a) Membekal pakaian dan cenderamata

MSE sedia membekalkan pakaian dan cenderamata mengikut kehendak reka bentuk pelanggan jika menepati terma dan syarat yang dikemukakan seperti kuantiti yang mencukupi dan jenis produk. Pelanggan juga mempunyai pilihan reka bentuk yang sedia ada dan mempunyai beberapa pilihan terkini yang sentiasa diperbaharui.


b) Mencetak dan menyulam

Kami menyediakan pakej sekali dengan mencetak dan menyulam produk yang di tempah. Kualiti cetakan dan sulaman amat diutamakan bagi menjamin ketahanan dan menarik.


c) Mencipta corak kemeja T dan cenderamata

MSE mempunyai pereka sendiri yang boleh menghasilkan corak mengikut kehendak pelanggan mahupun mengikut corak sedia ada yang terkini dan pelbagai pilihan.

CARTA ORGANISASI

LATAR BELAKANG PEKONGSI



Pekongsi 1

Nama : Puan Rosidah Bte Haji Anang

No. Kad Pengenalan : 560719-01-5680

Alamat Kediaman : No. 16, Lintang Pekaka 3, Taman Pekaka,
11700 Gelugor, Pulau Pinang

Telefon : 012 – 6123454 / 016-4496562

Warganegara : Malaysia

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status Perkahwinan : Ibu Tunggal

Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, USM Pulau Pinan

Pengalaman Kerja : Guru Pendidikan Seni selama 27 tahun.
Bersara secara pilihan untuk berniaga sepenuh
masa

Kursus yang dihadiri : Kursus : Skim Latihan Kakitangan
Anjuran : Jabatan Perdana Menteri dan
Institut Teknologi MARA
Di bawah : Kerajaan Kumpulan C&D
Tempoh : (4 bulan) - 1988

Kursus : Francais
Anjuran : Kememterian Pembangunan
Usahawan.
Tempoh : (2 hari) - 2003

Kursus : Bimbingan Usahawan
Anjuran : MARA
Tempoh : (1 hari) - 2005

Kursus : Perakaunan
Anjuran : MARA P. Pinang
Tempoh : (3 hari) – 2006




Pekongsi 2

Nama : Cik Fauziah Binti Taib

No. Kad Pengenalan : 670119-01-5262

Alamat Kediaman : No 8, Jalan Pauh Jaya ¾,
Taman Pauh Jaya
13500 Pulau Pinang

Telefon : 012-4235714 / 016-4496563

Warganegara : Malaysia

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status Perkahwinan : Belum Berkahwin

Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains Perancangan,
Perumahan dan Bangunan, USM Pulau Pinang
Ijazah Sarjana Landskap, USM Pulau Pinang

Pengalaman Kerja : Pelukis Pelan Jabatan Kerja Raya Muar, Johor
Eksekutif Pemasaran Syarikat Cenderamata Exacmust Sdn. Bhd selama 5 tahun

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat : MEGA SENI ENTERPRISE

Jenis Perniagaan : Perkongsian

Alamat Pejabat & Surat- Menyurat : A-12, Kompleks Lebuh Buckingham
Bangunan MARA, Lebuh Buckingham
10200 Pulau Pinang

No. Telefon : 604 – 2613132

No. Fax : 604 - 2614142

No. H/Phone : 012 – 6123454 / 012 – 4235714

E-mail : megaseni@yahoo.com.my

PENGENALAN SYARIKAT

Mega Seni Enterprise (MSE) telah ditubuhkan pada 8 April 2000 oleh individu yang sememangnya mahir dan berpengalaman luas dalam bidang seni lukis. Berbekalkan pengalaman selama bertahun-tahun dalam bidang seni lukis dan mendapat pendidikan formal di peringkat universiti dalam jurusan Seni Halus telah menimbulkan idea pada beliau untuk menubuhkan Syarikat ini.


Produk utama yang dikeluarkan oleh Syarikat milikan penuh Bumiputera ini adalah seperti berikut;


· Kemeja T, Cenderamata dan Peralatan Seni Lukis
· Perkhidmatan Percetakan ,Tempahan barangan dan Sulaman.
· Perkhidmatan Mencipta Logo, Batik dan Lukisan


Pemilik yang juga Pengurus Syarikat dan Penolong Pengurus bersama kakitangan MSE mempunyai kemahiran, pengalaman dan kreativiti untuk mengendali tugas masing-masing disamping memegang teguh prinsip “customer always right” sejak penubuhan syarikat ini. Konsep fokus kepada pelanggan ini adalah faktor yang membolehkan MSE terus wujud secara aktif sehingga kini.


MSE memegang impian dan merencanakan rancangan untuk melebarkan sayap perniagaan dalam bidang-bidang di atas dengan memasarkannya tanpa had dan sempadan serta memastikan kualiti tidak dikompromi disamping memastikan mutu pengurusan akan terus meningkat secara khususnya dan ini akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi Negara secara Amnya.